Isu Panas

Pas Sambut Baik Hasrat Kerjasama PCM

SHAH ALAM – Pas sangat berbesar hati atas Parti Cinta Malaysia (PCM) yang sedia bekerjasama dengan Pas khususnya bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ia bukti yang Pas tidak ditolak oleh golongan bukan Muslim, sebaliknya boleh bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk bukan Muslim.

“Pas adalah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya. Sedang Islam itu adalah sebuah manhaj kehidupan yang akan memandu manusia menjadi sejahtera dan harmoni dalam sosial, politik mahupun ekonomi.

“Islam menjanjikan keadilan kepada semua termasuklah golongan bukan Muslim. Memulangkan hak, melindungi pihak tertindas dan menentang kezaliman. Islam mengangkat kebenaran dan menolak kebathilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini lapor Sinar Harian.

Naib Pengerusi PCM, Datuk Huan Cheng Guan dilapor mengeluarkan kenyataan kelmarin dan menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan Pas untuk PRU akan datang.

Ini kerana menurutnya Pas boleh dianggap parti yang matang dan mempunyai kekuatan politik tersendiri.

Mengulas kenyataan Cheng Guan, Nasruddin berkata, pihaknya pasti kenyataan beliau tidak terburu-buru sebaliknya dengan penuh sedar dan faham situasi politik hari ini.

“Inilah perjuangan Pas dan kami tidak mempunyai wajah kedua untuk berpura-pura dengan pihak bukan Muslim. Wajah Pas hanya satu. Bersama umat Islam, Pas perjuangkan Islam, kepada bukan Muslim juga Pas berjuang di atas prinsip Islam yang membawa keadilan untuk semua.

“Tindakan PCM adalah tepat dan kena pada masanya. Saya berpandangan bahawa kehadhiran PCM juga akan turut mengukuhkan Gagasan Sejahtera dalam memacu gerakan perubahan dan memimpin kebangkitan rakyat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");