Berita Hari Ini

Pelajar OKU Yang Buta Lakar Kejayaan Dalam Peperiksaan STPM

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang buta membuktikan bahawa kecacatan tidak menjadi halangan untuk beliau melakar kejayaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

A. Mahavithya, 22, dari Kolej Sri Putra di Banting, Perak walaupun buta kedua-dua belah matanya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.9 dalam peperiksaan STPM baru-baru ini, menjadikannya sebagai antara pelajar OKU cemerlang di negara ini.

“Saya adalah satu-satunya pelajar kelainan upaya di sekolah, jadi saya terpaksa menggunakan sistem braille untuk belajar.

“Saya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan bertekad untuk melakar kejayaan seperti rakan-rakan saya lain dalam kelas,” kata Mahavithya.

Mahavithya yang tinggal bersama kakak iparnya selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia ketika masih kecil, menghargai dan berterima kasih kepada keluarga terdekat beliau yang telah membesarkannya dan memberi pendidikan kepadanya.

Ketika ditanya sama ada beliau memohon untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan wanita yang kecil molek itu berkata, beliau telah menghantar permohonan ke beberapa universiti awam untuk menyambung pengajian dalam bidang perguruan dan sedang menunggu penempatan.

“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ijazah dalam perguruan kerana harapan dan cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang guru, saya juga mencintai bahasa Melayu dan ingin menjadi guru Bahasa Melayu,”tambahnya.

Seorangh lagi pelajar cemerlang, P. Kunasegaran, 18, yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-batru ini bekata kunci kejayaan dalam peperiksaan ialah melalui keseimbangan.

“Untuk berjaya, anda perlu tahu bagaimana untuk mengimbangi pelajaran dan aktiviti tambahan kokurikulum. Sebelum hari peperiksaan, saya memutuskan untuk memberi tumpuan lebih kepada semakan dan kurang aktiviti kokurikulum,” kata Kunasegaran, pelajar SMK Tinggi St.David, Melaka.

Kira-kira 37 pelajar kaum India dari seluruh negara pada Rabu diberi penghormatan pada Anugerah Pelajar terbaik SPM dan STPM Kaum India MIC yang diadakan di ibu pejabat parti.

Majlis makan malam itu dirasmikan oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");