Membawang Hari Ini

Pelakon Ben Stiller Bercerai Selepas 18 Tahun Berkahwin

PELAKON Zoolander, Ben Stiller dan isterinya Christine Taylor mengambil keputusan untuk bercerai selepas 18 tahun berkahwin, lapor Reuters.

“Dengan rasa kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain serta selepas 18 tahun sebagai pasangan suami isteri, kami telah membuat keputusan untuk berpisah.

“Keutamaan kami kini adalah meneruskan membesarkan anak-anak sebagai ibu bapa dan rakan rapat.

“Kami berharap pihak media dapat memberikan privasi kepaada kami buat masa ini,” petik kenyataan bersama yang dikeluarkan pelakon itu.

Stiller dan Taylor yang terkenal dengan watak anak perempuan Marcia Brady dalam “The Brady Bunch Movie” pada tahun 1995 sering muncul bersama dalam banyak filem termasuk “Tropic Thunder” dan “Meet the Parents.”

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2000 dan mempunyai dua orang anak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");