Perak Hari Ini

Pelancaran Aman BN Perak & Job Fair UTC 20 Mei Ini

IPOH:Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi bakal merasmikan program pelancaran Anak Muda Nadi BN 2017 (AMAN BN) dan Job Fair UTC @Aman BN Perak pada 20 Mei ini bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Pengarah Komunikasi Strategik Pemuda BN Perak, berkata program yang berlangsung selama satu hari meliputi tiga segmen iaitu Job Fair UTC@Aman BN Perak, Street Fiesta dan pelancaran AMAN BN 2017 adalah bersifat vibran dan segar dalam menanamkan semangat kebersamaan di kalangan anak muda.

“Program ini merangkumi aspek peluang pekerjaan, latihan skil, bantuan dana keusahawan, skim perumahan, aktiviti sukan, kesenian dan hiburan bermula pada jam 10 pagi hingga 11.30 malam.

“Antara acara yang akan diadakan seperti Job Fair UTC@ Aman BN Perak yang akan menyediakan sesi motivational Talk, pelancaran Jobs Perak 2.0, interaktif diskusi Hala Tuju Pelajar dan Pembangunan Belia Transformasi Nasional (TN50),”katanya.

Terdahulu pelancaran AMAN BN 2017 juga merupakan sisi wajah baru kepada Pemuda BN Perak yang memberi penekanan khusus kepada politik khidmat bakti juga dasar Transformasi Nasional (TN50).

Program ini turut menghimpunkan pelbagai penyertaan syarikat serta 100 booth pameran dan lebih 5,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan melibatkan agensi dalam negeri ini.

Bagi segmen Street Fiesta, pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti 3 on street Soccer Challenge, 3 On 3 Basketball Motor Gathering, Gunting rambut percuma, trak makanan, konsert dari artis tempatan dan virtual reality.

Program ini mensasarkan kehadiran sekitar 10,000 pengunjung daripada seluruh negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");