Sukan Hari Ini

Pemain Melaka United Dakwa Tidak Terima Gaji

MELAKA: Isu gaji tertunggak dalam kalangan pemain di kancah liga bola sepak Malaysia nampaknya masih belum reda meskipun pelbagai tindakan tegas diambil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap pasukan yang gagal mematuhi peraturan berkaitan gaji.

Terbaharu, skuad Piala Belia dan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa) mendakwa tidak menerima bayaran sebulan gaji.

Menurut pemain Piala Belia yang enggan dikenali, pihak pengurusan gagal membayar gaji bagi April dan bimbang masalah itu berlanjutan untuk bulan Mei.

Selain meluahkan kekecewa terhadap kemelut itu, pemain berkenaan juga mendedahkan masalah yang sama turut dihadapi oleh skuad Piala Presiden.

“Masing-masing dah ‘pokai’ (kehabisan wang) dan terpaksa mencari duit sendiri bagi menampung perbelanjaan harian.

“Pemain tempatan (Melaka) ditanggung keluarga manakala pemain luar negeri berdepan situasi lebih sukar,” kata pemain itu kepada mStar Online.

Difahamkan, kedua-dua pasukan akar umbi Melaka United itu menerima gaji pada 7 haribulan setiap bulan.

Kemelut itu juga dikhuatiri mempengaruhi prestasi kedua-dua pasukan apabila skuda Piala Belia Melaka United sekadar mencatat lima kemenangan, satu seri dan tujuh kekalahan daripada 13 perlawanan.

Manakala skuda Piala Presiden juga mempamerkan aksi mengecewakan dalam 15 perlawanan selepas hanya mencatat satu kemenangan, empat seri dan sembilan kekalahan.

Awal bulan ini, Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) memotong mata empat pasukan berikutan kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia sejak musim 2015 dan 2016.

Empat pasukan yang gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain ialah Perlis dan ATM daripada Liga Premier manakala skuad Liga Super ialah Kelantan dan T-Team.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");