Membawang Hari Ini

 Peminat Doakan Akim Cepat Sembuh

Penyanyi Akim Ahmad telah berkongsi sekeping gambar mata kanannya yang bengkak di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Akim berkata, mata kanannya telah bengkak dan dia tidak mengetahui punca sebenar kenapa perkara seperti itu boleh berlaku.

“Sekali-sekala belanja selfie. #selfieramadan #selfiematabengkaktaktahusebabapa.

Rata-rata peminat terkejut apabila melihat gambar tersebut dan ada diantara mereka berharap agar Akim segera pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana risau perkara lebih buruk akan terjadi.

“Dulu pernah kena juga, lepastu pergi klinik, inject , pastu ok. Allahu, moga cepat sembuh dan Salam Ramadan. Semoga Akim cepat sembuh dan sakit itu tidak merebak di tempat lain,” kata peminatnya menerusi ruangan komen.

Menerusi sebuah muat naik terbaharu, Akim memberitahu bahawa matanya terkena serangan penyengat dan menggangap perkara yang terjadi itu sebagai dugaan untuknya dibulan ramadan.

“Mata bengkak dan mungkin kena gigit penyengat rasanya ni, dugaan Ramadan,” tulis Akim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");