Perak Hari Ini

Pengendali Jentuai Perlu  Lebih Berwaspada Talian Elektrik

BAGAN SERAI:Para pengendali jentuai diingatkan untuk lebih bertanggungjawab dan berwaspada apabila melalui atau beroperasi di bawah talian elektrik bagi mengelakkan risiko kemalangan

Ketua Jurutera Unit Kendalian, Senggaraan (Zon Utara) Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ahmad Fuad Md Kassim

Menurut Ketua Jurutera Unit Kendalian, Senggaraan (Zon Utara) Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ahmad Fuad Md Kassim langkah menjaga keselamatan perlu diterapkan secara berterusan bagi membentuk kesedaran kepada para petani dan menghalang kejadian buruk daripada berlaku.

“Sikap untuk ingat-mengingati perlu ada supaya dapat menimbulkan kesedaran dan menghalang kejadian buruk daripada berlaku,” katanya kepada media sejurus selepas menghadiri Taklimat Keselamatan Elektrik Untuk Pengendali Mesin Jentuai Padi Peringkat Negeri Perak 2017 di Pejabat TNB Bagan Serai di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 60 peserta daripada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak zon Utara menyertai taklimat yang julung kali dianjurkan di negeri ini.

Tambahnya lagi, taklimat keselamatan ini telah dianjurkan di dua lokasi iaitu Kedah dan Pulau Pinang bagi memupuk kesedaran para ahli PPN setiap kawasan.

Katanya lagi, statistik bagi tempoh tiga tahun bermula pada tahun 2015 hanya terdapat dua kes iaitu satu kes kematian melibatkan operator pada Bulan Febuari lalu di Sungai Dua Pulau Pinang dan satu kes di Gunung Semanggol pada Mac lalu namun tidak melibatkan kemalangan.

Menurutnya, ketika jentuai itu terlalu hampir dengan talian berkenaan, berlaku percikan arka elektrik yang terkena badan mangsa itu menyebabkan kematiannya manakala bagi kejadian di Perak ia melibatkan renjatan voltan rendah apabila mangsa cuba mengalihkan wayar kabel eletrik yang tersangkut pada jenteranya.

Mengenai kempen itu, jelas Ahmad Fuad antara lain ia bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan apabila beroperasi di bawah talian elektrik selain berkongsi pengalaman dalam amalan keselamatan dengan pihak luar.

“Jika pihak operator jentera mengesan kejadian pelik dan wayar berada dalam keadaan bahaya dan rendah perlu segera melaporkannya kepada pihak TNB,” katanya.

Kempen itu telah dirasmikan oleh ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");