Sukan Hari Ini

Penyokong Kelantan Tolak Hujah “Win-Win Situation”

KUALA LUMPUR – Sebilangan penyokong pasukan Kelantan tidak dapat menerima hujah pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bahawa perpindahan pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar dibuat atas dasar “win-win situation”

Penyokong Kelantan atau The Red Warriors (TRW) mendakwa ayat “win-win situation” itu digunakan sebagai alasan untuk menggambarkan perpindahan Mohammed Ghaddar ke JDT adalah suci murni, bersifat membantu dan kelihatan lancar.

“Kalau betul nak bantu saya rasa tak perlu ambik Mohammed Ghaddar pun. Ambik la pemain tempatan lain yang masih tertunggak gaji mereka. Tu baru bantu pemain bola sepak namanya.

“Nak bantu, bantu la pemain tempatan. Dia bukan pemain tempatan. FA Lebanon pun tenang saja tiada keluh kesah pasal team Kelantan yang bermasalah (kewangan) ni,” kata sebuah laman Facebook penyokong tegar TRW hari ini.

Pengarah Sukan Kelab JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan bagi menjustifikasikan tindakan kelabnya mendapatkan Mohammed Ghaddar memaklumkan bahawa langkah JDT tersebut akan menjadi “win-win situation” kepada semua pihak terlibat.

Kata Alistair, ia adalah satu tawaran yang baik untuk kedua-dua kelab di mana Kelantan akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu kewangan serta membeli beberapa pemain baru.

Membantah kenyataan itu, laman Facebook penyokong TRW berkata, ayat “win-win situation” itu 90 peratus bertujuan `sailang’ (merampas) Mohammed Ghaddar daripada pasukan Kelantan dengan ayat yang manis.

Menurut laman Facebook berkenaan, situasi itu memperlihatkan kelemahan kelab JDT dalam membentuk pemain dari peringkat bawah hinggakan terpaksa `sailang’ pemain import pasukan lain.

Justeru, laman Facebook penyokong tegar TRW berkenaan menyindir JDT supaya melantik bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi jawatankuasa “scouting” JDT.

“Sebelum ini pun ramai dah kena `sailang’ Mereka pun produk hasil air tangan Annuar,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");