Perak Hari Ini

Perak Ambil Initiatif, Elak Jenayah Menerusi Media Sosial Jadi Wabak

Perak menjadi negeri pertama yang melaksanakan initiatif untuk mengekang serta mendidik masyarakat tentang bahayanya jenayah menerusi media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi  berkata penganjuran Program #Negaraku : Seminar Media Sosial dilihat bertepatan dengan masa berikutan peningkatan kadar jenayah dan isu-isu kronik menerusi media sosial.

Katanya lagi, kerajaan negeri merasakan satu pendekatan perlu diketengahkan bagi mengubah trend jenayah serta penularan berita palsu di media sosial.

“Seminar Media sosial ini diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman dan kesedaran tentang isu-isu yang bersangkutan dengan ancaman media sosial. Seperti bahayanya ancaman Kumpulan Penganas IS/Militan DAESH kepada keselamatan Negara, Jenayah Seksual Kanak, Transformasi 2050 dan maklumat dari portal sebenarnya.my.

“Penganjuran seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jenayah seksual kanak-kanak dan cara melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman jenayah. Ia bertujuan mendapatkan komitmen daripada semua pihak dalam usaha mencegah dan membasmi jenayah seksual kanak-kanak serta menyediakan perkhidmatan sokongan kepada mangsa.

Katanya lagi, selain dari kempen kesedaran moral, memandangkan ancaman dunia siber semakin meluas sehinnga sukar untuk mengesan pemangsa seksual atau pedofilia mungkin tiba masanya untuk kerajaan memperkenalkan pendidikan seks yang sesuai kepada pelajar bagi memberi kesedaran mengenai pemangsa di peringkat pra sekolah/rendah.

“Menurut statistik, jumlah pengguna internet di Malaysia adalah sebanyak 20.6 juta orang dan jumlah pengguna aktif media sosial adalah sebanyak 16 juta orang. Purata penggunaan internet melalui PC adalah sebanyak 4 jam 38 minit sehari dan penggunaan internet melalui mobile adalah sebanyak 3 jam 37 minit sehari. Ini menjadikan media sosial sangat berkesan untuk pengguna melakukan salahlaku di media sosial,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

Justeru jelas beliau, kerajaan negeri mengharapkan dengan peganjuran seminar berkenaan ia dapat mencelikkan mata dan juga memberikan kesedaran kepada seramai mungkin rakyat Perak untuk memainkan peranan masing-masing menangani isu-isu yang semakin  menjadi kebimbangan.

Nolee menambah, banyak jenayah yang berlaku melalui media sosial yang sebenarnya datang daripada kejahilan masyarakat dan atas dasar itu kerajaan negeri meminta semua pihak untuk berkongsi maklumat yang ada bersama rakan-rakan lain.

Untuk makluman, Perak adalah negeri yang pertama untuk mengadakan seminar berkenaan dengan menyasarkan penglibatan seramai 1000 orang bagaimanapun ia berjaya melebihi apa yang disasarkan dengan hampir 1500 individu yang mendaftarkan diri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");