Perak Hari Ini

Perak Harap Lebih Ramai Guru Sanggup Mengajar Di Kawasan Pedalaman

Kerajaan Perak mengharapkan lebih ramai golongan pendidik atau guru yang menjadikan kawasan terpencil seperti di perkampungan orang asli sebagai tempat untuk mereka berkhidmat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jarang terdapat golongan pendidik yang berminat untuk mengajar di kawasan pedalaman seperti di perkampungan orang asli dimana ia mungkin disebabkan kurangnya kemudahan.

“Seperti tahun-tahun lalu, kerajaan negeri sentiasa memberi dokongan kepada mereka dan hari ini sahaja saya telah pergi ke kawasan-kawasan pedalaman termasuk di kawasan orang asli untuk bertemu dengan guru-guru disana.

“Apa yang saya lihat, semangat yang ditunjukkan oleh para guru begitu kuat sekali  untuk terus mendidik anak bangsa jadi saya harap lebih ramai lagi guru yang mempunyai semangat seperti itu dan sanggup mendidik anak bangsa di kawasan-kawasan pedalaman.

“Sikap seperti ini yang kita mahukan dan kerajaan negeri harap guru-guru ini terus bersemangat memberi khidmat untuk mendidik anak bangsa menjadi seseorang yang berjaya di masa hadapan,” katanya pada sidang media sempena Program Pemukiman MB di Kuala Kangsar hari ini.

Zambry menambah, hari pertama pemukiman diadakan penuh dengan program dimana ia bermula di Pekan Karai pagi tadi dan kemudian beliau bergerak ke kawasan orang-orang asli yang jauh daripada jalan raya.

Bagaimanapun jelas beliau, prasarana pembangunan orang asli yang telah kerajaan negeri rancang sebelum ini ternyata telah siap sepenuhnya dan kini boleh digunakan oleh penduduk di perkampungan berdekatan.

“Saya lihat tadi, jalan raya yang kita bina dari Sungai Siput sampai ke Pos Kuala Mu telahpun lengkap dan kesemuanya menelan kos lebih RM80 juta.

“Jalan itu siap dengan begitu cantik sekali jadi masyarakat orang asli tidak perlu lagi seperti dulu dimana jalan raya sebelum ini jalan berselut dan sekiranya hujan mereka tidak dapat keluar tetapi hari ini dengan jalan raya yang cukup cantik, saya harap semuanya dapat jaga jalan raya ini sebaiknya,” katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");