Isu Panas

Persiapan Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 Lengkap

KUALA LUMPUR: Persiapan menjelang sambutan ulang tahun UMNO ke-71 lengkah sepenuhnya dan dimulakan dengan Karnival WOW sejak jam 10 pagi tadi di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata segala persiapan untuk karnival dan majlis sambutan malam esok dipantau rapi.

“Kita sedia menerima seramai mungkin pengunjung ke karnival ini dan mengalu-alukan mereka menyertai sambutan ulang tahun UMNO malam esok,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kira-kira 100,000 ahli dan penyokong UMNO dijangka hadir sepanjang sambutan dua hari itu.

Katanya, UMNO Bahagian di seluruh negara menyatakan komitmen penuh untuk menjayakan sambutan gilang-gemilang itu.

“Kita turut menjemput 17 wakil parti luar negara menghadiri sambutan kemuncak yang dijadualkan bermula jam 5 petang esok,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");