Sukan Hari Ini

Piala Asia: Aksi Malaysia-Korea Utara Tangguh Lagi

PETALING JAYA: Perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang dijadualkan pada 8 Jun ini di Pyongyang, ditangguhkan ke tarikh lain.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam kenyataan pada Rabu, berkata keputusan penangguhan dibuat berdasarkan ketegangan diplomatik antara kerajaan Korea Utara dan Malaysia.

Jelas kenyataan itu lagi, tarikh baharu perlawanan bagi kedua-dua pasukan ini ialah 5 Oktober 2017, berdasarkan kesesuaian kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Penangguhan ini merupakan yang kedua selepas perlawanan asal 28 Mac yang ditukar kepada 8 Jun ini.

AFC terpaksa mengambil kira faktor keselamatan berikutan situasi semasa di ibu negara Korea Utara buat masa ini.

Pada 8 Mei lalu, AFC telah memutuskan perlawan Korea Utara-Malaysia kekal di Pyongyang yang sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak yang tidak bersetuju skuad Harimau Malaysia bertandang ke sana.

Walau bagaimana pun, penangguhan kali kedua ini pastinya memberi kelegaan kepada skuad negara bagi melakukan persiapan sekucupnya, lebih-lebih lagi dengan kehadiran ketua jurulatih baharu, Nelo Vingada dari Portugal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");