Isu Panas

PIP Akan Bagi Cabaran DAP Pulau Pinang

SHAH ALAM – Sebuah parti baharu yang akan memberikan fokus di Pulau Pinang akan ditubuhkan dalam masa terdekat dalam usaha memberikan saingan kepada kerajaan DAP di negeri itu menjelang PRU14 nanti.

Parti itu didaftarkan dengan nama Parti Ikatan Perpaduan (PIP).

Menurut sumber, parti ini akan dilancarkan dalam masa terdekat di Pulau Mutiara.

“Alhamdulillah proses pendaftaran parti di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kini berjalan lancar.

“Insya-ALLAH, parti ini mampu membawa perubahan kepada rakyat Pulau Pinang kelak,” jelas sumber berkenaan kepada Sinar Online.

Parti baharu yang mesra BN ini, juga mendakwa telah mendapat sokongan daripada beberapa ‘orang kuat DAP’ untuk bersama berjuang dalam parti ini, apabila ia ditubuhkan secara rasmi kelak.

“Ada beberapa ‘orang kuat DAP’yang menyatakan untuk bersama kita nanti,” dakwanya.

Sementara itu, ketika ditanya momentum rakyat di Pulau Pinang kini, dakwanya ‘rakyat kita mula beralih arah’.

“Suasana amat memberangsangkan kerana kita guna guarana bersama rakyat,” katanya lapor Sinar Harian.

Pakatan Harapan mendapat sokongan kuat di Pulau Pinang pada PRU 2013 dengan memenangi 30 daripada 40 kerusi Dun.

Daripada jumlah itu, DAP memenangi 19 kerusi, PKR 10 kerusi dan Pas 1 kerusi, manakala Umno pula mempunyai 10 kerusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");