Sukan Hari Ini

PKNP FC Diharap Dapat Pengajaran Berguna

KESEBELASAN pemain PKNP FC diharap mendapat pengajaran serta pengalaman berguna setelah tewas mengejut 1-4 kepada PDRM dalam saingan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, baru-baru ini, lapor sinar harian.

Ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim berkata, kekalahan itu diharap tidak melemahkan semangat kesebelasan pemain kerana masih banyak perlawanan yang perlu diharungi termasuk saingan di peringkat Piala Malaysia kelak.

Justeru menurutnya, kekalahan mengejut PKNP FC diharap menjadi iktibar agar tidak lagi pandang mudah kepada pasukan lain.

“Pemain hilang fokus, banyak melakukan kesilapan mudah dan jentera serangan juga tidak beri tekanan pada barisan pertahanan PDRM.

“Semua perancangan seakan tidak menjadi, longgar di barisan pertahanan sehingga banyak melakukan kesilapan mudah,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar berharap kesebelasan pemain PKNP FC dapat kembali bangkit pada perlawanan seterusnya kelak.

Katanya, pemain-pemain juga perlu kekal konsisten dan kembali berada pada landasan.

“Pemain perlu bangkit dan memperkemaskan persiapan, kekalkan mentaliti dan fokus pada perlawanan akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");