Sukan Hari Ini

PKNS Mungkin Gugur Tiga Pemain

PKNS FC  dilihat  komited mahu memastikan tempat mereka dalam Liga Super musim depan terjamin dengan kemungkinan bakal menggugurkan tiga importnya.

Pengendalinya, E Elavarasan juga mengakui beberapa import baharu sudah ada dalam perancangan namun enggan mendedahkan buat masa ini.

“Sebelum ini saya katakan mungkin gugur dua pemain, tetapi selepas sedikit perbincangan kita akan gugur tiga pemain. Namun, segalanya akan diketahui Rabu ini.

“Buat masa ini biarlah kami rahsiakan dahulu kerana masih belum ada hitam putih,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Elavarasan, tindakan itu perlu dilakukan kerana prestasi kurang menjadi pemain import The Red Ants dalam saingan liga musim ini.

Difahamkan, dua pemain yang bakal digugurkan Elavarasan itu ialah penyerang Palestin, Matias Hadwa dan pertahanan dari Argentina Gonzalo  Soto  dan salah seorang sama ada Lucas Espindola atau Patrick Ronaldinho Wleh.

Sementara itu, pasukan tangga kesembilan liga itu  akan memulakan latihan kembali pada Rabu ini selepas pemain diberikan rehat beberapa hari selain beberapa perlawanan persahabatan juga sedang diatur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");