Berita Hari Ini

PM Laos Akhiri Lawatan Rasmi

SEPANG: Perdana Menteri Laos Dr Thongloun Sisoulith berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong, yang menjadi menteri pengiring berada di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengucapkan selamat jalan.

Ketika lawatan ke negara ini, Perdana Menteri Laos itu turun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Sebelum itu, Dr Thongloun mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabat Perdana Menteri, diikuti mesyuarat delegasi selepas diberikan sambutan selamat datang.

Lawatan Dr Thongloun dimulakan dengan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mewujudkan jawatankuasa bersama berhubung kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi menentukan bidang, rancangan, kerjasama dan koordinasi yang menjadi keutamaan, selain memantau kerjasama dua hala dalam bidang sains dan teknologi serta cadangan kerjasama yang lain.

Perdana Menteri Laos itu juga menyampaikan ucapan pada Forum Perniagaan Malaysia-Laos di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Lawatan atas jemputan Najib itu, adalah kunjungan kali pertama Dr Thongloun ke Malaysia selepas memegang jawatan pada April 2016. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");