Perak Hari Ini

Pokok Ipoh Akan Ditanam Semula

IPOH:Pokok Ipoh akan digantikan semula dengan kaedah penanaman semula anak pokok yang baru di lokasi yang sama ia tumbang.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata tarikh penanaman semula pokok itu akan diumumkan kelak selepas Bulan Ramadhan berakhir.

“Kita mahu semua orang terlibat sama dalam sesi penanaman, memiliki rasa bersama kerana Pokok Ipoh membawa identiti tersendiri dan negeri yang dicintai,” katanya kepada media hari ini.

Malah katanya semua pihak termasuk badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu turut serta pada sesi tersebut.

“Bukan kita sahaja yang sedih mengenai insiden pokok itu tumbang tetapi seluruh negara turut bersimpati dan sedih serta memaklumkan kepada saya,” katanya.

Tambahnya lagi, pokok berusia 34 tahun itu telah menjadi identiti bandaraya ini cukup lama.

“Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut berhubung dan mendapatkan khidmat nasihat mengenai penjagaan pokok-pokok yang tumbang lalu patah begitu hingga tidak boleh diselamatkan,” katanya

Katanya, kajian perlu dilakukan dengan mengambil kira jangka hayat, baja dan penjagaan pokok itu.

Terdahulu Pokok Ipoh yang selama ini menjadi simbol keistimewaan bandaraya itu tumbang akibat angin kencang pada 28 April lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");