Jenayah

Polis Selangor dedah modus operandi Geng Civic

SHAH ALAM – Geng Civic mensasarkan mangsa yang mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar dari bank sebelum disamun.

Modus operandi itu didedahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat.

Menurutnya, mangsa yang majoritinya merupakan adalah ahli perniagaan akan diperhatikan oleh suspek sebelum menyamun mangsa ketika mangsa ini hendak masuk ke kereta atau pun disekat di tengah jalan.

“Geng ini akan memerhatikan mangsa-mangsa yang mengeluarkan wang dengan jumlah yang banyak dan anggaran kerugian dalam setiap kes lingkungan RM30,000 hingga RM200,000.

“Bila menyedari ada peluang, mangsa kemudian akan disamun,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor, di IPK Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, geng ini bertindak ganas sehingga ada mangsa yang ditetak.

Malah, polis percaya geng ini terlibat kira-kira 30 kes di Selangor sejak tahun lalu, namun polis masih perlukan sedikit masa untuk mengesahkan perkara tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari, semalam, empat anggota Geng Civic tumpas dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis berhadapan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), di Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, polis mengesahkan telah menubuhkan pasukan khas untuk menjejak suspek yang terlibat dalam kes samun pelanggan dan pekerja sebuah restoran hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM29,000 di Taman Melawati, Sabtu lalu.

Katanya, usaha menjejak suspek masih giat dilakukan dan polis memberi perhatian serius tentang kes ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");