Berita Hari Ini

Pulang Dari China Dengan Kejayaan Besar Malaysia

BEIJING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas meraih pelbagai peluang pelaburan dalam bidang infrastruktur untuk memajukan negara.

Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di China bagi lawatan kerja lima hari ini untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Ekonomi pada 14 dan 15 Mei.

Sebelum tiba di Beijing pada 12 Mei, Najib singgah di Bandaraya Hangzhou di timur China untuk membuat lawatan ringkas ke ibu pejabat Alibaba Group, syarikat e-dagang terbesar China yang diasaskan oleh Jack Ma.

Di Beijing, perdana menteri mengadakan mesyuarat dua hala secara berasingan dengan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang.

Najib juga menyaksikan majlis menandatangani sembilan perjanjian persefahaman antara syarikat Malaysia dan rakan niaga dari China yang melibatkan pelaburan dalam bidang infrastruktur bernilai kira-kira RM30 bilion.

Ini merupakan lawatan kali kesembilan Najib ke China sejak tahun 2009. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");