Isu Panas

Puteri Perlu Juarai Gerakan Media Baharu

KUALA LUMPUR – Ahli Puteri Umno diingatkan untuk menjuarai gerakan media baharu supaya dapat memahami lebih jelas isu semasa yang telah banyak mengubah landskap politik negara.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, penguasaan terhadap medium itu penting khususnya untuk memberi penjelasan kepada anggota akar umbi mengenai perkembangan semasa dalam usaha parti menangkis tuduhan liar yang disebarkan oleh pembangkang.

“Politik hari ini, ia bukan hanya di bibir sahaja, ia berlaku dan tersebar pantas melalui media sosial dan sekiranya tidak dibendung dalam memberi penjelasan dikhuatiri akan menggugat parti sebagaimana yang telah pun berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu di Bernama Radio hari ini, sempena Sambutan Hari Umno ke-71.

Pada masa sama, Mas Ermieyati berkata, kaedah turun padang atau bersemuka perlu diteruskan kerana masih ada kelompok yang tertinggal daripada sebarang maklumat secara terkini melalui media sosial.

Selain itu, beliau mahu ahli Umno menghayati sepenuhnya cogan kata ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’ dan perkara itu wajar diterjemahkan melalui perjuangan di kawasan masing-masing.

“Tiga patah perkataan ini adalah kunci terbaik yang telah menggambarkan Umno sebagai parti keramat orang Melayu yang kekal relevan sejak dahulu sehingga ke hari ini…atas sebab itulah setiap anggota parti harus menghayatinya,” kata beliau. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");