Isu Panas

Rakyat Nilai Sendiri Tindakan Tun M

PUTRAJAYA – Puteri Umno meminta rakyat menilai sendiri tindak-tanduk Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak berada di pihak pembangkang.

Ketuanya, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan yang dilakukan ketika ini adalah tidak sama sepertimana beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri apa segala ucapan dan kenyataan yang keluar daripada Tun hari ini, tidak sama seperti beliau menjadi Perdana Menteri.

“Tindakan Tun ini, saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Rakyat nilailah sendiri,” katanya kepada pihak media selepas melancarkan program Iftar@KL2017 di pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, pada Isnin memetik laporan Sinar Harian.

Ditanya mengenai tindakan Mahathir yang dilihat tidak memegang plakad tertulis ‘ANWAR PM KE-7’, Ermieyati berpendapat, beliau terperangkap dalam situasi yang tidak dijangka.

Beliau menambah, mungkin tindakan Mahathir terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menyebabkan Mahathir bertindak untuk tidak memegang plakad berkenaan.

“Saya rasa Mahathir terperangkap semasa gambarnya diambil semasa kongres itu dengan beliau bertindak memegang telefon sahaja.

“(Mungkin), beliau teringat kembali segala ucapan yang pernah dia keluarkan sebelum ini (mengenai Anwar) semasa menjadi Perdana Menteri,” jelasnya.

Kelmarin, semasa penutup Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-12 di Shah Alam, beberapa pemimpin Harapan dilihat memegang plakad itu, namun Mahathir dilihat melakukan tindakan sebaliknya dengan memegang telefon pintarnya sahaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");