Berita Hari Ini

Rakyat Perlu Ubah Rutin Pemakanan Secara Drastik Elak Obesiti – Helmi

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu mengubah gaya hidup mereka kepada rutin pemakanan yang lebih sihat berikutan statistik menunjukkan rakyat negara ini antara yang paling ramai menghidapi masalah obesiti di rantau Asia.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Helmi Yahaya berkata ini perlu bagi mengelak masalah obesiti ini dari berterusan.

“Kita perlu melakukan perubahan yang drastik dalam gaya hidup harian kita atau tidak kita akan berhadapan dengan masalah ini secara berterusan.

“Kita perlu bijak untuk menangani masalah stres, banyak lakukan gaya hidup yang lebih aktif dan kita perlu lihat perubahan pada tabiat pemakanan,” katanya ketika berucap pada majlis sempena “Hari Kesihatan Penghadapan Sedunia 2017” anjuran Vitagen Healthy Digestion Program dan Digestive Health Malaysia Society di sini hari ini.

Program bertujuan bagi bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya memelihara sistem penghadaman yang sihat.

Selain masalah obesiti, menurut rekod Kementerian Kesihatan pada tahun 2011, kanser Kolorektrum yang berkaitan dengan usus adalah kanser kedua paling lazim dihidapi rakyat Malaysia dengan 15.7 peratus daripadanya dalam kalangan lelaki sementara 15.7 peratus dalam kalangan wanita lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");