Membawang Hari Ini

Rampage Rancang Terbit 2 Mini Album

Kumpulan Rampage bercadang untuk menerbitkan dua album mini dalam tempoh setahun.

Menurut Yazid, meskipun lagu-lagu yang akan dipersembahkan itu sudah berusia lebih 10 tahun, dia yakin benar ia tetap mampu menjadi halwa jiwa peminat era ini.

“Bagi saya, kesemua lagu dalam album mini Rampage masih relevan dan tidak basi walaupun baru tahun ini akan dikeluarkan.

“Ini kerana muzik kami masih berbisa dan mempunyai tempat di hati pendengar, malah mungkin kalau ia dikeluarkan 10 tahun lalu, orang tidak akan faham dengan naskhah dihasilkan,” katanya.

Yazid ditemui pada sidang media santai untuk meraikan Rampage di Kuala Lumpur kelmarin.

Yazid adalah pemain dram Search sebelum berlaku kemelut dalaman yang menyaksikan dia membawa haluan sendiri meninggalkan kumpulan rock terkenal itu.

Rampage menjangkakan album mini pertama mereka akan muncul pada minggu ketiga Ramadan, manakala yang kedua empat bulan selepas itu.

Sebanyak 10 lagu disiapkan sejak pada 17 tahun akan termuat dalam album berkenaan, selain sebuah lagu bonus daripada ilham Datuk M Nasir sedang dalam susunan muzik dan rakaman.

Kata Yazid, dia berazam untuk berusaha sehabis baik untuk kumpulan itu yang dianggapnya seperti adik sendiri.

“Selagi saya ada, saya akan bimbing budak-budak ni. Saya sudah seperti abang mereka.

“Pengalaman 40 tahun dengan Search boleh membantu melakukan yang terbaik, dan menjadikan Rampage sebuah kumpulan contoh,” katanya.

Selain Yazid, Rampage turut dianggotai oleh Zham (basis), Moq (vokalis), Jemboo dan Rithan (gitar)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");