Berita Hari Ini

Rekod 110 Meter Berpagar Dilebur Jaguh Anak Sabah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Rayzam Shah Wan Sofian yang memecahkan rekod kebangsaan dengan memadamkan rekod 23 tahun acara 110 meter berpagar di Kejohanan Kurpfalz Gala, di Jerman, semalam.

“Sudah 23 tahun rekod 110m lari berpagar dipegang Nur Herman Majid, kini dilebur jaguh anak Sabah, Rayzam Shah. Tahniah! #kebanggaanku #Negaraku,” kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya, hari ini.

Rayzam Shah, 29, dari Sabah mencatat 13.67 saat yang dilakukan dengan bantuan angin berkelajuan 1.7 meter sesaat, yang masih di bawah 2 meter sesaat yang dibenarkan, dalam acara akhir 110m berpagar.

Beliau berjaya memecahkan rekod yang sudah begitu lama dipegang Nur Herman sejak Sukan Asia Hiroshima, Jepun pada 1994.

Pencapaian Rayzam Shah merupakan suntikan terbaik bagi skuad olahraga negara menjelang Sukan SEA Ogos ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");