Sukan Hari Ini

Rossi Terlibat Kemalangan

JAGUH MotoGP, Valentino Rossi dikejarkan ke hospital di Itali selepas terlibat dalam kemalangan motocross pada Khamis.

Pasukan Yamaha berkata pelumba berusia 38 tahun itu disahkan mengalami kecederaan ringan di bahagian abdomen dan toraks selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital.

Rossi terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan di timur Itali.

“Tiada keretakan dikesan di mana-mana bahagian badannya dan tiada kecederaan serius telah ditemui,” kata pasukan itu.

Rossi akan beraksi di gelanggang sendiri iaitu di litar Mugello pada perlumbaan MotoGP yang akan datang.

Laporan perubatan yang lebih terperinci akan dikeluarkan pada Jumaat, kata pasukan itu.

Rossi mendahului perlumbaan Grand Prix Le Mans pada hujung minggu lalu sebelum terlibat dengan kemalangan di pusingan terakhir yang menyaksikan rakan sepasukannya, Maverick Vinales muncul juara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");