Membawang Hari Ini

Ruhainies Belum Sedia Kahwin Biarpun Ramai Lelaki Himpit

Pelakon Ruhainies mengakui belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya meskipun sering dikaitkan dengan beberapa orang lelaki.

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Ferehah Zainul Ilyas, 25, berkata, dia ingin memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya memandangkan usianya kini masih muda.

“Sebenarnya saya masih belum bersedia untuk berkahwin kerana banyak perkara lain yang harus saya fikirkan buat masa sekarang.

“Saya ingin fokus dahulu kepada kerjaya kerana bulan Julai nanti baru genap dua tahun saya berada dalam industri.

“Sejujurnya saya masih single dan tiada teman lelaki istimewa kerana tidak ada masa untuk bercinta dan sering sibuk di lokasi penggambaran.

“Jadi biarlah saya berkarya dahulu dan mencipta nama ketika usia masih muda ini,” katanya.

Ruhainies berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat produk kecantikan dan kesihatan Cantik Dara Sdn Bhd dengan Spektra Selasih Sdn Bhd, baru-baru ini.

Produk Cantik Dara yang diasaskan Nurrul Sayang Rahmat akan menaja promosi filem Jibam terbitan Spektra Selasih yang dijangka menemui penonton sekitar September depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");