Isu Panas

Sah PAS Rasmi Putus Hubungan Dengan PKR!

KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang hari ini membuat keputusan bahawa hubungan politik Tahaluf Siyasi parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah terbatal.

Keputusan itu dibuat selepas Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan PKR banyak melanggar syarat-syarat Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Majlis Syura Ulama PAS turut menyenaraikan pelanggaran syarat Tahaluf Siyaasi oleh PKR.

“Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

“Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat,” kata Dr. Nik Muhammad Zawawi.

Beliau dalam kenyataan selepas sidang itu hari ini mengulas keputusan Muktamar PAS Ke-63 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini meluluskan usul oleh ahli akar umbi yang mahu PAS memutuskan kerjasama dengan PKR.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan anggota komponen blok Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti sekular DAP.

Usul putus kerjasama dengan PKR yang dibuat di muktamar tahunan itu bagaimanapun perlu mendapat pengesahan rasmi daripada Majlis Syura Ulama PAS terlebih dahulu.

Dr. Nik Muhammad Zawawi seterusnya berkata, antara perlanggaran syarat Tahaaluf Siyaasi yang membolehkan kerjasama PAS dengan parti bukan Islam PKR sebelum ini adalah seperti berikut:

– Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti pembentangan RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

– Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang turut merosakkan imej PAS.

– Khianat dalam hubungan politik antaranya bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan serta menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. – Mynewshub.cc/HAA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");