Perak Hari Ini

Saham PCB Digantung Kerana Gagal Terbitkan Laporan Akaun Beraudit 2016-PKNP

IPOH:Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) tampil menjelaskan bahawa tindakan penggantungan dagangan saham Perak Corporation Berhad (PCB) di Bursa Malaysia adalah disebabkan oleh kegagalan pihak PCB untuk menerbitkan Laporan Akaun Beraudit bagi Tahun 2016 sebelum tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Bursa Malaysia iaitu pada atau sebelum 30 April 2017.

Ketua Bahagian Divisyen Hal Ehwal Perhubungan Kerajaan PKNP,  Sayed Shariffudin Sayed Shamshuddin berkata kegagalan itu adalah berkait dengan isu-isu perakaunan dan pengauditan yang perlu diselesaikan oleh juruaudit sebelum akaun PCB dapat diluluskan.

“Dari penelitian pihak PKNP, isu-isu audit ini adalah berkaitan dengan tataurus dan pematuhan juruaudit dan sama sekali tidak melibatkan isu-isu integriti, kedudukan kewangan atau aset PCB.

“PKNP percaya bahawa kedudukan kewangan dan aset PCB adalah mantap dan berdaya maju.

“PKNP juga telah dimaklumkan bahawa isu akaun beraudit ini akan diselesaikan sebelum hujung bulan Mei 2017 sepertimana yang telah diumumkan oleh pihak PCB,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

PKNP juga katanya akan memantau keadaan dari masa ke semasa bagi memastikan Mesyuarat Agung Syarikat PCB diadakan di dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Bagaimanapun katanya PKNP yakin bahawa isu PCB ini tidak langsung menjejaskan semua perancangan dan pelaksanaan projek-projek yang sedang dilaksanakan oleh PKNP atau PCB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");