Membawang Hari Ini

Sakinah Bengang Anak Jadi Mangsa Instagram Palsu

BARU tiga hari anak dilahirkan, sudah ada pihak tidak bertanggungjawab mengekploitasi gambar anak sulung  Sharifah Sakinah dengan mengambil kesempatan membuka akaun Instagram palsu.

Perkara itu didedahkan pelakon wanita tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

So many fake ig meh? Im hangry ????????

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

So many fake ig meh? I’m hangry (Kenapa banyak sangat IG palsu? Saya sungguh marah,” tulisnya.

Sakinah turut mendedahkan bukti dengan menampilkan beberapa akaun palsu yang menyamar menggunakan nama anaknya, Anais Adha di IG story.

Menurutnya, nama akaun Instagram anaknya adalah ‘Anais.Adha’ dan selain daripada itu adalah palsu.

Sakinah melahirkan anak perempuannya pada Rabu lalu, kira-kira jam 9 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan anda, Sakinah melahirkan anak sulungnya lewat dua minggu daripada tarikh jangkaan.

Sakinah mendirikan perkahwinan dengan Aliff Adha pada tahun 2015. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");