Membawang Hari Ini

Saujana Ambil Masa Tiga Tahun Rakam Single Terbaru

Kumpulan nasyid Saujana mengambil masa selama tiga tahun untuk merakamkan single terbaru mereka, Satu Dalam Perjuangan.

Single tersebut menjadi sebuah projek istimewa kerana menggabungkan tiga orang bekas ahli kumpulan Saujana, Hakimi, Faizul dan Idzwan bersama empat orang anggota, Suffian, Azalinor, Zuhaidi dan Najran yang masih kekal.

“Single terbaru ini merupakan reunion kumpulan Saujana kerana kami menghimpunkan semua ahli lama bersama ahli yang masih kekal.

“Tahun 2017 menjadi tahun ke-20 penglibatan Saujana dalam industri muzik. Lagu Satu Dalam Perjuangan bercerita mengenai dedikasi kami untuk mengingati perjuangan para sukarelawan. Lagu ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

“Proses penghasilan mengambil masa yang lama kerana sukar untuk mengumpulkan semua anggota asal Saujana kerana masing-masing mempunyai komitmen tersendiri,” kata Suffian mewakili Saujana.

Menerusi single yang baru sahaja dilancarkan pada 16 April lalu, peminat memberikan respon positif terhadap lagu Satu Dalam Perjuangan.

“Alhamdulillah, peminat menyambut mesra usaha kami menghasilkan lagu Satu Dalam Perjuangan. Peminat juga ada mencadangkan agar kami mengadakan konsert reunion namun begitu, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya lagi.

Saujana yang masih bersaing dalam Gema Gegar Vaganza bakal menyampaikan lagu Keluarga Bahagia dan Tanya Sama Itu Hud Hud di minggu separuh akhir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");