Membawang Hari Ini

Saujana Tidak Sangka Akan Ke Final GGV

Kumpulan nasyid Saujana menzahirkan rasa terharu kerana berpeluang untuk beraksi di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).

Dianggotai oleh Suffian, Najran, Azalinor dan Zuhaidi, Saujana pada awalnya sudah pasrah dan merasakan tiada harapan untuk mereka melangkah ke peringkat seterusnya.

“Menjadi kumpulan dengan kutipan mata paling rendah membuatkan kami pasrah. Kami rasa sudah tiada harapan untuk kami beraksi di pentas akhir.

“Namun begitu, ketika nama kami diumumkan, kami rasa sangat terharu kerana kami masih mempunyai rezeki untuk ke peringkat seterusnya,” kata Suffian.

Tambah Saujana, mereka turut tidak menjangkakan yang mereka mendapat sorakan penonton yang mahukan mereka beraksi di konsert akhir.

“Ketika Saujana menjadi kumpulan satu-satunya kumpulan yang belum dipanggil namanya, kami mendengar satu dewan bersorak untuk kami.

“Pada awalnya kami rasa sudah tiada harapan, tetapi penonton dan peserta lain yang memberikan harapan agar kami mara dan meneruskan perjuangan ke pentas akhir,” kata Najran pula.

Konsert akhir Gema Gegar Vaganza akan bersiaran pada Ahad, 21 Mei, jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");