Membawang Hari Ini

 Saya Seronok Berniaga Ketika Ramadan – Que Haidar

Sejak enam tahun lalu, sudah menjadi rutin kepada pelakon Que Haidar untuk berniaga di Bangsar Shooping Centre (BSC) sepanjang bulan Ramadan dan dia mengakui seronok menjalani rutin itu.

Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 38, berkata dia akan berada di gerai jualannya hampir setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Dia mengakui kerana setiap kali bulan Ramadan berniaga di BSC, sudah ada pelanggan tetap yang akan datang mendapatkan pakaian yang dijual.

“Disebabkan seronok berniaga, setiap hari saya akan berada di gerai jualan dan bertemu dengan peminat.

“Saya menjual baju kanak-kanak, wanita dan lelaki dari jenama The Haidars dan juga barang lain seperti sampin dan sebagainya.

“Setiap kali bulan Ramadan memang fokus saya adalah berniaga dan meluangkan masa banyak dengan keluarga,” ujar Que.

Menurut Que, bukan tidak mempercayai pekerjanya tetapi minat untuk berniaga dan bertemu peminat menyebabkan dia suka turun padang.

“Mungkin bagi sesetengah artis yang membuka gerai jualan mereka jarang berada di tempat jualannya, tetapi berbeza dengan saya.

“Saya memang seronok berniaga walaupun saya sudah ada pekerja. Bukan kerana tak percayakan pekerja saya tetapi lebih baik saya berada di sana.

“Bukan selalu, masa inilah saya hendak berjumpa dengan peminat dan rakan yang ingin bertemu dengan saya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");