Isu Panas

Semua Exco Pas Selangor Patut Letak Jawatan

?SHAH ALAM – “Jentera Umno dan BN di Selangor perlu memantapkan lagi usaha dalam mendapatkan kembali kepercayaan rakyat di negeri itu,” kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, situasi politik yang berlaku di Selangor kini sewajarnya diambil peluang oleh jetera sedia ada agar negeri ini kembali semula kepada pemerintahan BN.

“Ekosistem yang berubah ini harus dimantapkan oleh jentera yang ada,” ujarnya pada sidang media selepas menghadiri program Universiti Bersama Timbalan Perdana Menteri dengan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas situasi politik di Selangor, selepas Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, minggu lalu.

Berikutan itu, kedudukan tiga Exco Pas di Selangor menjadi tanda tanya.

Bagi memastikan usaha itu, kata Ahmad Zahid, beliau sendiri akan turun padang bersama-sama usaha yang digerakkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan rakan-rakan lain di peringkat bahagian.

“Kita tidak hebohkan apa yang kita lakukan tetapi kita harus perkukuhkan usaha supaya rakyat mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi terhadap BN di Selangor,” katanya lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");