Membawang Hari Ini

Shiha Zikir Fokus Bisnes Sepanjang Ramadan

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, penyanyi Shiha Zikir mahu memberikan fokus kepada bidang perniagaan.

Selain memberikan fokus terhadap ibadah, Shiha mahu mempromosikan perniagaan kanta lekap jenamanya sendiri, Shiha Lens.

“Alhamdulillah, Ramadan bakal tiba dan saya tidak sabar menantikan kedatangan bulan yang penuh rahmat.

“Selain merebut peluang untuk sama-sama meraikan Ramadan dengan penuh kesyukuran, saya juga mahu memberikan fokus terhadap Shiha Lens.

“Setakat ini, perniagaan kanta lekap memang mendapat sambutan dan saya mahu memacu aktiviti promosi Shiha Lens secara lebih intensif,” katanya.

Turut dikenali dengan pernigaan kuih makmur buatan ibunya, Shiha tidak mengambil tempahan kuih untuk tahun ini.

“Selalunya saya dan ibu akan sibuk dengan perniagaan kuih makmur sempena ketibaan Ramadan.

“Saya membantu ibu membuat kuih dan hanya kami berdua sahaja yang terlibat dalam proses pembuatan, pembungkusan dan penghantaran. Semuanya kami buat sendiri.

“Tahun ini, saya dan ibu memutuskan untuk berehat sebentar dan tidak mengambil tempahan. Saya mahu ibu saya berehat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");