Perak Hari Ini

SJKC, SJKT Sertai Karnival Bahasa Melayu

IPOH: Sebanyak 49 sekolah akan menyertai pertandingan teater solo serta kuiz sempena Karnival Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil (SJKT) bagi daerah Kinta Utara pada 13 Mei ini.

Pengerusi Pengelola karnival berkenaan, P.Kamaladevi berkata program tahunan itu bertujuan untuk meningkatkan minat serta penguasaan Bahasa Melayu dikalangan murid SJKC dan SJKT.

“Ia merupakan penganjuran program peringkat daerah melibatkan penyertaan daripada 12 pasukan bagi pertandingan kuiz manakala pelajar yang mendapat tempat satu hingga tujuh akan mewakili sekolah masing-masing ke peringkat negeri,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Katanya, menerusi pertandingan itu pelajar akan didedahkan dengan penguasaan Bahasa Melayu dan tidak hanya tertumpu pada sesi pembelajaran di dalam kelas semata.

Karnival peringkat daerah ini akan berlangsung di SJKC Poi Lam pada 13 Mei manakala pertandingan peringkat negeri pula bakal berlangsung pada 20 Julai ini.

Sementara itu Naib Pengerusi Unit Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Choong Shin Heng berkata usaha tersebut perlu bagi membantu pelajar menguasai tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.

“Karnival Bahasa Melayu ini merupakan suatu aktiviti kokurikulum akademik yang amat berkesan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");