Jenayah

Skandal Banglo RM1.2 Juta: Adam Dibicara Disember

MAHKAMAH Sesyen hari ini menetapkan beberapa hari pada bulan Disember untuk mendengar semula kes terhadap Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly berkenaan banglo RM1.2 juta miliknya di Kampung Melayu Ampang.

The Star melaporkan Hakim Allaudeen Ismail menetapkan 4-6 Disember, 11-15 Disember dan 26-29 Disember untuk mendengar kes itu.

Perbicaraan dijangka berlarutan sehingga Januari 2018 dan pendakwa raya dijangka memanggil 20 saksi.

Adam didakwa bulan lepas kerana memberikan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan ke atas kemewahannya yang dianggap ‘luar biasa’.

SPRM memulakan siasatan susulan laporan polis oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa Adam memiliki sebuah banglo dan kereta mewah.

Adam bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dan menjelaskan kemewahannya hasil daripada perniagaan dan warisan keluarga.

Beliau juga berkata gelaran ‘Datuk’ yang diperoleh daripada Pahang sebagai mengiktiraf sumbangannya kepada beberapa projek di negeri itu.

Adam mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan, termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram atau Akta 613. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");