Membawang Hari Ini

Suami Sung Hyun Ah Ditemui Bunuh Diri

SUAMI kepada pelakon senior Korea Selatan, Sung Hyun Ah dilaporkan telah meninggal dunia dipercayai akibat bunuh diri.

Mayat suami Hyun Ah ditemui di dalam kenderaan miliknya yang sedang parkir berdekatan sebuah tapak pembinaan di Hwaseong, pada Selasa, kira-kira jam 8.40 pagi.

Menurut media tempatan, polis menemui arang terbakar dalam kenderaanya namun tiada sebarang surat bunuh diri ditemui.

Bagaimanapun, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh diri memandangkan tiada bukti suami Hyun Ah yang dikenali dengan nama Choi dibunuh.

Difahamkan, Hyung Ah dan suaminya sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa tahun lalu.

Aktres itu juga dilaporkan pernah meminta cerai daripada mendiang suaminya sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");