Membawang Hari Ini

Sufi AF2015 Tidak Kisah Kurang Dikenali

Biarpun bergelar juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sufi Rashid tidak bimbang kurang dikenali berbanding rakan seperjuangannya, Syamel.

Kata Sufi, dia percaya kepada rezeki yang telah ditentukan dan kerana itu dia tidak cemburu dengan kejayaan sahabat-sahabatnya.

Sufi berkata, cepat atau lambat popular itu bergantung kepada rezeki seseorang yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Contohnya Syamel, saya akui lagu Hidup Dalam Mati dan Lebih Sempurna nyanyiannya memang meletup dan itu rezeki dia.

“Orang selalu kata saya dan Syamel bertanding antara satu sama lain. Sebenarnya tidak dan saya pun tak pertikaikan populariti dia.

“Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain dan saya bangga dengan dia. Bila dia gembira saya pun sama,” katanya.

Sufi menjelaskan, dia dan Syamel sudah seperti adik beradik sejak menyertai AF 2015.

Dalam pada itu, Sufi gembira bila single terbarunya berjudul Aku Sanggup mula menjadi siulan ramai.

“Alhamdulillah, saya rasaseronok dan teruja tapi dalam masa yang sama rasa gementar juga sebab pasti orang akan meletakkan harapan yang tinggi ketika melihat persembahan live,” ujarnya.

Ujar Sufi, ini merupakan rezekinya untuk tahun ini dan dia juga sedang membuat persiapan untuk single baru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");