Perak Hari Ini

Tak Hadir Pada Sesi Dewan Belia, Lucut Nama- MB Perak

IPOH:Ahli Dewan Belia yang gagal hadir ke Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Belia Perak tanpa sebab yang kukuh boleh dilucutkan jawatan mereka dari senarai perwakilan dan senarai pencalonan di masa akan datang.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berikutan ketidakhadiran para perwakilan ke sesi persidangan dimana ia sekaligus mencerminkan komitmen mereka terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

“Kita mahu melihat golongan muda lebih aktif dalam penglibatan mereka di sesi persidangan jadi pemilihan mereka yang akan menjadi ahli dewan ditapis lebih ketat lagi untuk menentukan komitmen mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan tapisan yang lebih ketat adalah untuk memastikan tumpuan komitmen sepenuhnya daripada mereka dan Kerajaan Negeri enggan melantik mereka kerana gagal untuk hadir pada sesi dewan.

“Kita mencadangkan agar mereka yang tidak menunjukkan minat akan dilucutkan senarari nama mereka bagi persidangan seterusnya.

“Mereka boleh untuk tidak dicalonkan lagi untuk persidangan kelak kerana sekiranya mereka tidak datang itu jelas menunjukkan mereka tidak berminat kerana persidangan dewan yang telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada mereka,” katanya kepada media sejurus selepas merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Belia Perak Darul Ridzuan yang bersidang secara rasminya hari ini.

“Tindakan ini perlu supaya mereka mengganggap bahawa sidang dewan ini sama seperti sidang dewan sebenar yang mana sekiranya ahli dewan tidak hadir dua kali berturut-turut secara automatik mereka akan gugur daripada jawatan sebagai Adun sekiranya gagal memaklumkan sebabnya.

“Sebarang ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan bagaimanapun sekiranya kekerapan tidak hadir pada sesi dewan ia menunjukkan mereka tidak berminat dan perlu digantikan dengan orang baharu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");