Jenayah

Tak Jadi Bunuh Diri Selepas Tujuh Jam

BANGKOK: Seorang lelaki yang mengancam untuk membunuh diri dengan terjun dari balkoni apartmentnya di tingkat sembilan akhirnya membatalkan hasrat itu selepas rundingan selama tujuh jam.

Lelaki yang bekerja sebagai guru bahagsa asing di Bangkok itu mahu membunuh diri kerana tekanan akibat putus cinta.

Menurut Mejar Manadech Manaem dari Balai Polis Lat Phrao, polis cuba berunding dengan Ratchaburi berusia 31 tahun sejak pukul 10 pagi tetapi dia beberapa kali tidak mempedulikan pujukan supaya kembali ke tempat selamat.

Lelaki itu kemudiannya membatalkan hasratnya untuk membunuh diri pada pukul 2.45 petang selepas pihak polis membawa teman rapatnya untuk bercakap.

Polis berkata, lelaki tersebut mengalami kemurungan dan pernah dilihat menangis di balkoni dua kali sebelum ini.

Terdahulu, lelaki itu bertindak berdiri di tebing bangunan sejak pukul 8 pagi sebelum orang awam menghubungi polis. – The Nation/Asia News Network

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");