Membawang Hari Ini

Terasa Disindir Fasha, Nora Pula Luah Rasa Di Twitter

ISU kontroversi melibatkan dua selebriti popular, Nora Danish dan Fasha Sandha nampaknya belum menemui penghujung apabila masing-masing masih lagi memuat naik status ‘bela diri’.

Semalam, Fasha Sanda meluahkan perasaan sedih apabila ‘diusir’ seorang artis daripada menyertai satu program, tetapi dia tidak menamakan siapakah wanita itu sehingga mencetuskan tular dalam kalangan netizen tanah air.

Ada peminat secara terbuka merujuk Nora Danish, sementelahan ‘Satu Malaya’ tahu kisah tegang hubungan dengan Fasha Sandha sebelum ini apabila bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli pernah mengahwini aktres comel tersebut.

Tidak pasal-pasal pula nama Nora Danish tiba-tiba popular apabila jadi sasaran ‘serangan’ ramai pengguna media sosial tempatan yang menyelar sikap balas dendam selebriti itu terhadap Fasha Sandha hanya kerana kisah lama.

Secara kebetulan selepas Nora Danish diserang, suami baharunya, Nedim Nazri tampil mempertahankan isterinya itu di IG miliknya dengan mengatakan bahawa segala fitnah dilemparkan Fasha Sandha adalah kerana ‘desperate‘.

Katanya, luahan Fasha Sandha itu semata-mata meraih simpati umum dan kenyataan pembelaan oleh suami Nora Danish tersebut menerusi Instagram, turut disusuli luahan perasan aktres berkenaan di akaun Twitter miliknya.

Menurut Nora Danish, dia tidak reti untuk membalas segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya melalui media sosial, dan dia juga letih sering menjadi mangsa fitnah, dihina serta dicaci maki oleh pihak tertentu selama ini.

Walau apapun luahan dinyatakan Nora Danish, dia tidak pula menyatakan secara terbuka nama Fasha Sandha dalam catatan, tetapi bagi mereka yang faham dengan situasi semasa, pasti maklum siapakah gerangan insan itu.

Perang permainan ‘media sosial’ antara dua selebriti tersebut dengan pelbagai bahasa kiasan sindiran, mungkin menyebabkan peminat masing-masing turut terpinga-pinga: ‘Apa pula berlaku selepas ini?’. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");