shadow

 

Kuala Lumpur – Seiring dengan hasrat kerajaan yang mahukan mana-mana jabatan dan institusi di Negara ini bebas rasuah kini Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil langkah yang sama.

Majlis Menandatangi Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertempat di bangunan TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur telah diadakan baru-baru ini.

Majlis itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH.

Turut disertai oleh  YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Penganjuran majlis berkenaan diadakan sebagai menyatakan sokongan berterusan TH dalam memerangi rasuah sejajar dengan amalan serta tadbir urus korporat yang terbaik.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga PengarahTH, wakil daripada anak-anak syarikat TH, pesuruhjaya-pesuruhjaya SPRM dan pengurusan kanan TH.

 

Komen & Pendapat