Perak Hari Ini

Tiada Kegiatan Mesin Judi Haram Dikesan

TAIPING:Polis Perak menegaskan bahawa tiada sebarang kegiatan melibatkan mesin perjudian haram dikesan di kesemua 15 daerah di negeri ini.

Bagaimanapun menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee,pihak polis sentiasa  memandang serius berkaitan perkara tersebut.

Terdahulu katanya, pihak polis telah mengenalpasti dua premis yang dikatakan telah menjalankan aktiviti mesin perjudian haram di sini dan mendapati keduanya memiliki lesen perniagaan yang sah.

“Dua lokasi yang dikatakan masih beroperasi itu berhampiran kawasan perindustrian Kamunting dan Jalan Tupai.

“Kedua-dua premis ini mempunyai lesen perniagaan yang membenarkan permainan computer dan alatan permainan eletronik yang masih sah.

“Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Taiping yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Katanya lagi,pihak polis telah menjalankan pemeriksaaan terhadap kedua premis itu sebelum ini dan mendapati tiada kesalahan yang dilakukan.

“Kesemua mesin simulator yang dipamerkan adalah terkandung di dalam lesen yang dikeluarkan.

“Semua ketua polis daerah diarah memantau aktiviti haram ini agar tidak beroperasi,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");