Berita Hari Ini

Tiada Kompromi Bagi Isu Perkauman – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif menerusi penyebaran berita palsu yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama.

Perdana Menteri berkata, berita yang disiarkan dalam apa juga bentuk perlu bersikap adil kepada rakyat tanpa perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan di negara ini.

“Dengan berleluasanya berita palsu yang sengaja disebar untuk mengelirukan orang ramai, siaran berita terutama penyiaran tempatan perlu pantas menangani penipuan dengan menampilkan berita sahih,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi Njoi Now di Kompleks Sukan Desa Tasik di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah menyekat hak bersuara rakyat Malaysia terutama dalam kalangan media walaupun tidak sealiran pendapat.

“Ini terbukti apabila kerajaan membenarkan penerbitan media pembangkang sejak dulu,” katanya lapor Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");