Jenayah

Tiga Suspek JJPTR Dibebaskan

PETALING JAYA: Pengasas  JJ Poor to Rich (JJPTR), Johnson Lee dan dua pembantunya akan dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata kepada The Star, ketiga-tiga suspek akan diserahkan kepada pihak polis di Pulau Pinang.

Tiga suspek itu ditahan pada pagi Selasa lalu dan pada mulanya perintah reman dikeluarkan sehingga Khamis.

Namun, pihak polis memohon tempoh reman itu disambung lagi tiga hari tetapi pihak mahkamah hanya membenarkan tambahan reman selama sehari.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, JJPTR berjaya mengumpul wang pelaburan syarikat itu yang bernilai RM1.7 bilion.

Acryl Sani dalam satu kenyataan minggu lepas berkata, susulan siasatan ke atas JJPTR, skuad Anti Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, JSJK, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara dan Sekuriti Siber menyerbu lapan lokasi berlainan di Pulau Pinang.

Seramai 15 pekerja dan empat pelabur turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");