Membawang Hari Ini

Tiket Konsert Sheila Majid Laris, 80% Telah Terjual

Konsert ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid dijadualkan pada Ogos nanti namun sebanyak 80 peratus tiketnya telah terjual.

Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Negara pada 5 Ogos 2017.

Pemilik nama asal, Shaheila Binti Abdul Majid, 52, mengakui teruja untuk bertemu peminat menjelang konsert ini.

Namun, biarpun teruja penyanyi kecil molek ini mengakui ada sedikit rasa gementar untuk menjayakan konsert ini.

”Saya tak sabar nak lihat penonton berseronok pada malam itu nanti.

”Jadi saya mohon supaya siapa yang teringin nak lihat saya beraksi di pentas yang gah itu, cepat-cepatlah dapatkan tiket sebelum habis dijual,” kata Sheila ketika ditemui pada sidang media pengumuman konsert Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 di hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mula popular dengan lagu Sinaran pada tahun 1980-an, Sheila menegaskan tidak akan menambah hari persembahan biarpun ada peminat yang mahu dia melakukan demikian.

”Bukan tak mahu, tetapi untuk menambah hari persembahan, ianya akan melibatkan lebih banyak kos dan juga komitmen.

”Banyak perkara yang perlu diambil kira termasuklah kemampuan tenaga saya sendiri,” katanya.

Menjelang konsert mega ini, Sheila turut berkongsi bahawa dirinya sudah mula membuat persediaan awal dari segi vokal dan fizikal.

”Pada malam itu nanti saya akan menyanyikan 40 buah lagu, oleh itu saya harus kekal bertenaga.

”Saya memang dah mula dengan persediaan fizikal terlebih dahulu dan bersempena dengan bulan puasa ini, saya akan tetap bersenam bagi menjaga stamina.

”Selain latihan fizikal, saya juga akan mula berlatih vokal pada minggu kedua Ramadan.

”Dan saya berharap menjelang konsert itu nanti, tenaga ini akan terus berkekalan untuk memberikan yang sehabis baik kepada peminat,” jelas Sheila yang bakal sibuk dengan jadualnya sepanjang Ramadan.

Peminat boleh mendapatkan tiket konsert yang dijual bermula RM98 hingga RM888 menerusi laman web www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian +603 9222 8811.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");