Sukan Hari Ini

Tiket Separuh Akhir Mula Dijual

SEREMBAN: Tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Negeri Sembilan menentang Pahang yang dijadual pada Sabtu ini, akan dijual mulai Rabu.

Pengurus pasukan Negeri Sembilan, Satwant Singh berkata peminat bola sepak tanah air boleh mendapatkan tiket berkenaan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini pada harga RM10 bagi terbuka dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

“Harga tiket berbumbung ialah RM20 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Ambil kesempatan pada cuti kelepasan am esok untuk membeli tiket,” katanya.

Beliau berkata tiket akan dijual di kaunter yang ditetapkan mulai 10 pagi hingga 7 malam pada Rabu, Jumaat dan Sabtu manakala dari 3 petang hingga 7 malam pada Khamis.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 30 April lepas, pasukan Tok Gajah menewaskan skuad Rusa 1-0 menerusi gol sendiri pemain Negeri Sembilan, Annas Rahmat pada minit ke-81. – BERNAMA

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");