Berita Hari Ini

Tindakan Korea Utara Lancar Peluru

SEOUL – KOREA SELATAN. Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat yang mendarat di luar pantai timur negara itu, dalam siri ujian peluru berpandu terbaharu menentang tekanan dan ancaman sekatan.

Peluru berpandu tersebut dipercayai peluru berpandu Scud yang boleh terbang kira-kira 450km, kata pegawai Korea Selatan.

Pelancaran pada Isnin diikuti kejayaan dua ujian peluru berpandu jarak jauh dalam beberapa minggu oleh Pyongyang yang telah menjalankan ujian tersebut pada kadar yang belum pernah berlaku dalam usaha untuk membangunkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) mampu membadai tanah besar Amerika Syarikat.

Ia adalah pelancaran ujian ketiga sejak Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengambil alih jawatan pada 10 Mei berikrar untuk mengadakan dialog dengan negara itu.

White House berkata, Presiden Donald Trump telah diberi taklimat mengenai pelancaran.

Pacific Command AS berkata, peluru berpandu balistik jarak dekat selama enam minit dikesan dan ia tidak menjadi ancaman kepada Amerika Utara.

Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis ketika ditanya konflik ketenteraan dengan Korea Utara jika diplomasi gagal, Mattis berkata, ia mungkin pertempuran paling teruk dalam hayat orang ramai.

“Rejim Korea Utara mempunyai ratusan meriam dan pelancar roket dalam lingkungan salah satu bandar padat di bumi iaitu Korea Selatan.

“Dan sekiranya berlaku peperangan, ia akan membawa bahaya kepada China dan Rusia juga.” katanya dalam program CBS, Face the Nation.

Sementara itu, Jepun membuat bantahan terhadap pelancaran peluru berpandu terbaru Korea Utara yang kelihatan telah mendarat di zon ekonomi eksklusif Jepun.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berikrar tindakan bersama-sama dengan negara-negara lain untuk menghalang provokasi berulang Pyongyang.

“Seperti yang kita bersetuju di G7 baru-baru ini, isu Korea Utara adalah keutamaan bagi masyarakat antarabangsa.

“Bekerja dengan Amerika Syarikat, kami akan mengambil tindakan tertentu untuk menghalang Korea Utara,” Abe berkata kepada pemberita dalam ucapan televisyen memetik sumber Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");