Membawang Hari Ini

Tomok Cari Kelainan Dengan Hadiahkan Ayam Golek Pada Anak

Penyanyi Tomok telah menghadiahkan anaknya, Arian Shah Akid seekor ayam golek sempena hari lahirnya yang kelima, pada 25 Mei lalu

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 32, memberitahu anaknya itu memang gemar memakan ayam sejak kecil lagi.

“Ayam merupakan menu wajib untuk Arian setiap kali menjamu selera.

“Sebagai bapa saya akan cuba penuhi keinginan Aryan tetapi bukan setiap hari saya bagi dia ayam sebab perlu ada kelainan dalam menu makanannya setiap hari.

“Jadi hari ini, sudah alang-alang saya berada di bazar ramadan bersama Sajian Hati Digi, saya ingin membuat kelainan dengan membelikan ayam golek sempena hari lahirnya bukan kek seperti kebiasaan.

“Terima kasih Sajian Hati Digi kerana memberi peluang untuk saya membeli makanan kepada Arian sempena hari istimewanya hari ini,” katanya ketika  ditemui pada Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam, baru-baru ini.

Jelajah Sajian Hati Digi akan memaparkan selebriti jemputan ke lapan bazaar Ramadan terpilih untuk mencari juadah terbaik untuk yang tersayang.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini bakal disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.

Jelajah Sajian Hati Digi seterusnya akan diadakan di bazaar Ramadan Stadium Darul Aman, pada 1 Jun ini bersama pelakon Sherry Ibrahim

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");