Berita Hari Ini

Tong Sampah Bertukar Pasu Bunga

JIKA anda tinggal di New York City (NYC), anda mungkin berpeluang untuk menjumpai sesuatu yang pelik tetapi menarik – tong sampah yang akan diisi dengan jambangan bunga berwarna-warni.

Pasu bunga yang unik itu merupakan hasil kerja Lewis Miller, seorang pereka flora yang menggunakan lebihan bunga dan hiasan tumbuhan daripada majlis perkahwinan atau acara lain untuk mewarnai tepi jalan NYC.

Beliau bersama rakan pasukannya di Lewis Miller Design mencari tong sampah paling menarik di kotaraya itu dan akan mengisinya dengan berdozen bunga yang cantik pada awal pagi.

Kreativiti itu akan menyaksikan tong sampah menjadi pasu bunga yang besar.

Miller dan pasukannya digelar sebagai “penyamun bunga” New York dalam sebuah artikel majalah Vouge. – odditycentral.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");